Lelaki warga asing dikhuatiri lemas di perairan Pulau Balambangan

 

Gambar ihsan Bomba


Kudat — Seorang lelaki warga asing dikhuatiri lemas ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Pulau Balambangan, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas memaklumkan menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan menerusi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat pada jam 8.05 pagi, hari ini.

"Menurut maklumat awal pengadu, mangsa disedari hilang pada 8 Oktober lalu sewaktu mangsa menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan perairan tersebut.

"Pasukan bomba kemudian bergerak ke IPD Kudat bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"Seterusnya menuju ke lokasi kejadian menaiki bot Marin untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat" jelas Ishak melalui satu kenyataan media.

Operasi SAR ditangguhkan pada jam 3.40 petang dan akan disambung pada esok hari, sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Terbaru Lebih lama