Foto ihsan PDRM |
Suspek berusia 30-an itu ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, kira-kira jam 2.50 petang.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai gerak geri suspek dalam keadaan mencurigakan di sekitar kawasan berkenaan.
Katanya, polis kemudian membuat serbuan di kawasan berkenaan sebelum berjaya menahan suspek yang menunggang motosikal bersama selaras senapang buatan sendiri jenis bekakuk dan lima butir peluru.
Bekakuk bersama lima butir peluru yang ditemui PDRM |
“Hasil siasatan awal mendapati suspek turut gagal mengemukakan sebarang dokumen atau lesen sah untuk memiliki senjata itu.
“Kita percaya senjata api ini digunakan untuk memburu dan sekiranya senjata itu jatuh ke tangan individu yang tidak bertanggungjawab boleh mendatangkan bahaya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tanpa kebenaran.
Jasmin menegaskan tangkapan itu adalah sebahagian usaha pihak polis membanteras pemilikan senjata api haram di kawasan pedalaman, terutamanya yang dikaitkan dengan aktiviti pemburuan.
“Saya meminta orang ramai supaya melaporkan sebarang aktiviti berkaitan pemilikan senjata api tanpa lesen bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini terjamin,” katanya.