Foto ihsan Bomba |
Tawau– Seorang penunggang motorsikal maut selepas bertembung dengan sebuah bas sekolah di Kg Kalabakan, Tawau petang tadi.
Mangsa, Shah Bakht Amin, 19, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.51 petang berhubung kejadian itu.
Seramai sepuluh anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 4.10 petang.
“Kemalangan melibatkan sebuah bas sekolah yang bertembung dengan sebuah motorsikal jenis Modenas.
"Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” jelas Jemishin di dalam satu kenyataan.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Operasi bomba tamat pada jam 4.50 perang setelah memastikan tiada lagi bahaya di kawasan kejadian" katanya.