Pindaan Ordinan Buruh Sabah akhirnya diluluskan selepas 20 tahun

 

Kredit: Kementerian Sumber Manusia 

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 (RUU OBS) bagi memperkukuh perlindungan hak pekerja di negeri itu pada Isnin lalu. 

RUU dibentang oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15, selepas melalui bacaan pertama pada 17 Julai lalu.

“Pindaan tersebut adalah usaha penting dalam memperkasakan hak pekerja di Sabah selari dengan standard buruh antarabangsa.

"Pindaan ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam mengangkat martabat pekerja Sabah dan memastikan kebajikan mereka setara dengan pekerja di Semenanjung. Langkah ini selaras dengan standard buruh antarabangsa yang kita ikuti," katanya semasa sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Isnin.

Setelah 20 Tahun, usaha KESUMA dalam mengangkat martabat dan maruah pekerja di Sabah, akhirnya disokong sebulat suara di Parlimen. 

Menurut Sim, pindaan RUU OBS ini memperkenalkan beberapa perubahan penting yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 2 juta pekerja di Sabah.  

Antara pindaan yang dibahaskan termasuk menetapkan waktu kerja maksimum 45 jam seminggu, cuti bersalin 98 hari, serta pemisahan antara cuti sakit dan cuti hospitalisasi iaitu masing-masing 14 hari dan 60 hari.

Selain itu, pindaan lain yang diketengahkan termasuk mewajibkan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun sebagai hari kelepasan am di Sabah, selari dengan amalan di Semenanjung dan Sarawak.

Terbaru Lebih lama