Foto ihsan Bomba |
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu tadi, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Mazlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.56 pagi.
Katanya, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal sudah hampir terbakar keseluruhannya.
“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua pancutan air dari sumber tangki jentera,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Menurutnya, semua mangsa dilaporkan berjaya keluar dari rumah mereka dan tiada kecederaan dilaporkan berlaku.
“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir di lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.34 pagi.
“Siasatan akan dijalankan oleh pasukan forensik BBP Tawau bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian,” katanya.