Suami isteri terselamat kereta terbabas



 

Foto ihsan bomba



PAPAR: Pasangan suami isteri terselamat setelah kenderaan jenis Perodua Bezza dinaiki mereka terbabas sendiri di jalanraya berdekatan Kg. Mook, Jalan Papar Lama, Papar, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Bin Osman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.01 petang berhubung kejadian itu.

Seramai sembilan anggota BBP Papar bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Dua mangsa terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza yang terbabas sendiri ke bahu jalan.

"Seorang mangsa lelaki, Matbeh Bin Salam, 56, berjaya keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan bomba manakala seorang lagi mangsa, Nur Harlisa Nuin Binti Abdullah, 50, dikeluarkan oleh pasukan bomba," katanya dalam satu kenyataan.

Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan diserahkan kepada pihak ambulan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut .

Operasi tamat pada jam 3:45 petang setelah memastikan tiada bahaya lain di kawasan kejadian
Terbaru Lebih lama