Foto ihsan Bomba |
Ketua Balai Bomba dan Penyelamata (BBP) Nabawan, Rudy Meki, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.55 pagi berhubung kejadian itu.
Seramai tujuh anggota dari BBP Nabawan dan lima anggota dari BBP Sook telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Tiga mangsa terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang terbabas sendiri di tepi jalan.
"Tiga mangsa yang terlibat Tejer Binidek, 42, Joshua Sinilik, 20 dan Sansez Yasau hanya mengalami cedera ringan dan berjaya keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan bomba" katanya dalam satu kenyataan media.
Ketiga-tiga mangsa yang mengalami kecederaan ringan menolak untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut.
Operasi tamat pada jam 7.53 pagi setelah memastikan tidak ada bahaya lain yang wujud.