Kredit: UMS |
KOTA
KINABALU- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Universiti Malaysia
Sabah (UMS) akan memberikan bantuan bersesuaian kepada mana-mana pelajar kurang
berkemampuan yang ditawarkan tempat ke university itu.
Mengulas
mengenai pelajar, Crisnanalina Jumis,20, dari Paitan yang menghadapi kesukaran
menyambung pengajian ke UMS disebabkan masalah kewangan, Timbalan Menteri
Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata Kerajaan Persekutuan dan Sabah
menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada semua pelajar yang boleh didapati
melalui bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) university.
“Ini bukan
untuk kes Crisnanalina Sahaja, bahkan tersedia buat semua mahasiswa institusi
pengajian tinggi (IPT),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mustapha
berkata beliau telah menerima taklimat daripada UMS berhubung perkara itu dan
Crisnanalina akan dibawa dari kampungnya dan mendaftar di UMS esok.
“Kita cuba
sedapa Upaya mempermudahkan urusan pendaftaran pelajar yang memerlukan. Selain
itu, Yayasan Perkasa siswa (YPS-KPT) akan memberikan bantuan awal pengajian
bernilai RM1,000 yang bakal disalurkan secara terus ke akaun beliau.
“Sekali
lagi saya ucapkan berbanyak terima kasih atas keprihatinan semua. Semangat
prohatin sebegini harus diteruskan dalam kalangan rakyat sesuai elemen Ihsan
dalam gagasan Malaysia MADANI. Saya doakan adik Crisnanalina selamat maju jaya
di Menara gading, kami di KPT sedia membantu,”katanya.
Baru-baru
ini tular di media sosial Impian Crisnanalina melanjutkan Pelajaran masih samar
akibat kekangan kewangan kerana walaupun mendapat tawaran belajar di UMS,
keluarganya tidak mampu membayar RM3,000 untuk pendaftaran dengan Tarikh akhir
pada 14 Okt serta perbelanjaan lain.
Pelajar berkenaan juga cuba memohon bantuan kewangan sekali bayar Kerajaan negeri menerusi laman sesawang https://.sabah.gov.my namun sambungan internet yang lemah di kampungnya menyukarkan proses permohonan.
Sumber: BERNAMA