Warga emas maut dihempap pokok

Foto ihsan Bomba

 
Ranau- Seorang lelaki warga emas disahkan meninggal dunia selepas dihempap pokok sewaktu melakukan aktiviti berkebun di Kampung Tarawan, Ranau di sini, pada Jumaat.

Lelaki berusia 67 tahun itu, disahkan meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan yang serius.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridhwan Mohd Taib berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 1:16 petang.

Jelasnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, yang terdiri daripada lima anggota, tiba di lokasi kejadian pada jam 2:10 petang, setelah menempuh jarak 32 kilometer.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)" katanya melalui satu kenyataan media.

Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 2:30 petang, dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Terbaru Lebih lama