Patuhi prosedur, jangan masuk pejabat macam ‘gengster’ - Ketua Menteri

Hajiji dan Shafie di Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa wakil rakyat perlu mengikuti prosedur yang ditetapkan jika ingin mendapatkan dokumen daripada Sabah Mineral Management (SMM).  

“Kita ada paturan-peraturan. Kalau wakil-wakil rakyat mahukan dokumen, tulislah surat dengan menyatakan apa yang dimahu, termasuk nama-nama syarikat dan sebagainya. 

"Jangan bertindak seperti gengster masuk ke pejabat dan meminta sesuka hati,” katanya di Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.

Hajiji turut menegur bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, untuk lebih memahami peraturan sedia ada.  

Mohd Shafie, bagaimanapun, menjelaskan bahawa beliau tidak bertindak seperti yang digambarkan. 

Beliau berkata selepas Hajiji bersetuju untuk memberi akses kepada dokumen berkenaan dengan SMM pada sidang dewan hari Rabu, pihak Warisan telah menghantar peguam mereka ke pejabat SMM keesokan hari. 

Namun, pihak SMM memberitahu mereka bahawa tidak mempunyai dokumen yang diperlukan.

Difahamkan pihak Warisan tidak membuat sebarang temujanji sebelum datang ke pejabat SMM.

"Jika itu kehendak Ketua Menteri, saya akan menghantar surat secara rasmi. 

"Apa yang penting adalah kita dapat meneliti dokumen itu seperti yang dijanjikan,” katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama