Polis tahan lelaki disyaki rogol remaja perempuan bawah umur.

Suspek ditahan ditahan sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau kira-kira jam 1.30 tengah hari di sekitar kawasan Balung, kelmarin. Foto - Ihsan PDRM


TAWAU : Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki merogol remaja perempuan yang masih di bawah umur di sebuah kawasan perumahan di Balung, dekat sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, tangkapan dilakukan selepas mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ibunya sebelum laporan dibuat kira-kira jam 4.36 petang, Rabu lalu.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa berumur 14 tahun itu dikatakan telah tinggal bersama di rumah suspek yang juga teman lelakinya sebelum suspek bertindak merogol mangsa pada 16 November lalu.

"Suspek seorang penganggur berusia 23 tahun itu ditahan sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau kira-kira jam 1.30 tengah hari di sekitar kawasan Balung, kelmarin," katanya dalam kenyataan media di sini.

Jasmin berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Katanya, bagi kedua-dua kesalahan itu, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

"Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai terutamanya ibu bapa agar sentiasa berwaspada dan tidak membiarkan anak-anak yang masih dibawah umur keluar rumah tanpa pengawasan apatah lagi tinggal bersama individu yang tidak dikenali," katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama