Dua rumah terbakar di Kampung Air Panas Tawau


TAWAU: Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah terbakar di Kampung Air Panas, di sini awal pagi, tadi.

Dalam tragedi kira-kira jam 1.35 pagi itu, turut membabitkan sebuah lagi rumah dua tingkat berhampiran yang terbakar sebanyak 30 peratus. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.35 pagi.

Katanya, sepasukan 15 anggota bomba bersama jentera dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi pemadaman.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah rumah sudah musnah terbakar dan terus menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua pancutan daripada sumber air jentera bomba.

“Kepantasan pasukan bomba berjaya menyelamatkan sebuah lagi rumah berhampiran yang hanya terbakar sebanyak 30 peratus,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Jemishin berkata, operasi ditamatkan pada jam 3.38 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud. 

“Pasukan forensik bomba akan menjalankan siasatan untuk mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa,” katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama