Majlis turut disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Datuk Haji Mohd. Arif bagi mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Mohd Arifin berkata, projek perumahan pelajar ini akan dibangunkan di atas tanah seluas 15 ekar milik MUIS yang terletak berhampiran Fakulti Perubatan Universiti Malaysia Sabah (UMS).\
“Sebanyak 1,610 unit apartmen akan dibina dan mampu menampung sehingga 6,732 pelajar tempatan dan antarabangsa serta kakitangan.
“Pemilikan tanah akan terus kekal dibawah MUIS dengan kaedah konsep pembangunan Build, Lease, Maintain & Transfer (BLMT),” menurut kenyatan media hari ini.
Katanya, projek tersebut dijangka bakal memulakan pembinaannya pada penghujung tahun ini.
“Lebih 500 hingga 600 peluang pekerjaan akan diwujudkan, meliputi sektor profesional, pentadbiran dan buruh,” tambahnya.
Turut sama hadir bagi mewakili MUIS dalam majlis menandatangani MoU ini ialah Yang di-Pertuanya, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, bersama Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Haji Ramlan Awang Ali.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, serta Pengerusi Zecon Engineering Sabah Sdn. Bhd., Datuk Abdul Kadir Rosline hadir bagi mewakili pihak Zecon Berhad.