Gempa bumi lemah di Kota Marudu, Sabah

Foto: METMalaysia. 


KOTA MARUDU: Satu gempa bumi lemah telah dilaporkan berlaku di kawasan Kota Marudu, Sabah, pada jam 10.39 pagi tadi. 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi tersebut berpusat pada koordinat 6.3° Utara dan 116.8° Timur dengan magnitud 3.8.

Katanya, gempa tersebut dikesan berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan berjarak kira-kira 27 kilometer di selatan Kota Marudu. 

METMalaysia berkata, gegaran lemah berkemungkinan dirasai oleh penduduk di kawasan sekitar Kota Marudu.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

METMalaysia turut menggesa orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan di pautan rasmi jabatan, bagi membantu usaha pemantauan dan kajian.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama