GRS jangka bincang agihan kerusi DUN hadapi PRN17 Sabah pada Ahad ini

Hajiji ketika ditemubual pada Pelancaran Projek Penyimpanan Minyak Petroleum dan Loji Penapisan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.


KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka akan membincangkan perihal mengenai pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) pada Ahad ini.

Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata perkara tersebut merupakan salah satu agenda yang akan dibincangkan bersama pimpinan tertinggi parti komponen dalam gabungan itu.

"Salah satu dalam agenda (yang bakal dibincangkan), saya rasa adalah pengagihan kerusi, (pada) Ahad ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Pelancaran Projek Penyimpanan Minyak Petroleum dan Loji Penapisan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut ditanya mengenai kenyataan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia baru-baru ini yang mencadangkan GRS bertanding 73 kerusi DUN menjelang PRN17 Sabah akan datang.

Menjawab soalan terbabit, Hajiju berkata GRS belum membuat sebarang keputusan mengenainya ketika ini.

"Nanti kita buat keputusan, itu belum lagi," katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama