Kerajaan Sabah ambil langkah segera pulih jalan terputus akibat banjir

Shahelmey ketika menghadiri pesta Cap Goh Mei di dataran Pamoi, Putatan pada Rabu

KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah mengambil tindakan segera bagi memastikan laluan yang terputus akibat kerosakan dapat dipulihkan dengan cepat.  

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, berkata tindakan kecemasan telah diambil untuk menyediakan laluan sementara yang selamat digunakan bagi menghubungkan kawasan terjejas.  

“Ini adalah tindakan kecemasan untuk memperbaiki atau menyediakan laluan sementara yang selamat digunakan, matlamat utamanya adalah untuk memastikan hubungan antara dua lokasi tidak terputus.  

“Jika kerosakan berskala besar, kerja-kerja reka bentuk akan dipertimbangkan sebelum tindakan pemulihan dilakukan,” katanya sewaktu ditemui media ketika menghadiri Pesta Cap Goh Mei di Dataran Pamoi Putatan, pada Rabu. 

Dalam masa yang sama, kerajaan negeri masih mengenal pasti lokasi jalan yang terputus sepenuhnya dan belum boleh dilalui.  

Menurut Shahelmey, Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah dan pihak konsesi sedang melakukan kajian bagi mengenal pasti keadaan sebenar di lokasi terjejas.  

"Keutamaan sekarang adalah memastikan jalan-jalan yang terputus dapat dihubungkan semula secepat mungkin bagi kemudahan penduduk setempat," tambahnya.




Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama