Kerjasama kebajikan, dakwah dan tarbiyah dialu-alukan di Sabah - Arifin

Arifin (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Jumain - ihsan Jabatan Penerangan Sabah


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah mengalu-alukan kerjasama individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam aspek kebajikan, dakwah serta tarbiyah.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ariffin Mohd Arif menyeru agar GLC, individu persendirian dan dermawan untuk menyumbang bagi pembangunan tarbiyah, dakwah, serta kebajikan.

"Kita mengalu-alukan siapa pun yang datang untuk bersama-sama membantu negeri ini dan membantu umat, saya menyaksikan kerjasama antara Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan Serantau Muslim. 

"Muslim Serantau ialah badan NGO yang bergerak untuk dakwah, terbiar, dan kebajikan yang mengumpul dana untuk membantu masyarakat serta golongan yang memerlukan, dan sebagainya. 

"Hubungan antara JHEAINS, MUIS dan Serantau Muslim ini saya dokong, saya ucapkan syabas dan tahniah," kata Ariffin semasa ditemui di Majlis Perasmian Untukmu Sabah di perkarangan Wisma MUIS, pada Ahad.

Tambah Arifin, kerjasama antara ketiga-tiga agensi tersebut amat baik dan berharap agar terus fokus membantu masyarakat yang memerlukan khususnya dalam bidang kebajikan, pendidikan dan dakwah berdasarkan acuan negeri ini.

"Dalam hubungannya dengan kita, mereka sentiasa mendapat makluman, memberi makluman kepada kita, kepada MUIS, JHEAINS dan inilah cara-cara yang terbaik untuk kita melaksanakan program dan aktiviti di Sabah," ujarnya.

Hadir sama, Pengarah JHEAINS Datuk Jumain Abdul Ghani dan Pengurus Besar Serantau Muslim Mohd Hakim Mohd Nor.


( JABATAN PENERANGAN SABAH )



CAPTION:




Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama