![]() |
Joachim ketika ditemubual di Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina 2025 di Kota Kinabalu, pada Rabu malam. |
Joachim yang juga pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata, berkata Sarawak menikmati kesinambungan kepimpinan sejak menyertai Malaysia berbanding dengan negeri Sabah yang sering mengalami pertukaran kerajaan, polisi, dan dasar pembangunan, sekali gus menjejaskan kemajuan negeri.
"Jika kita lihat media, semua kumpulan WhatsApp, mereka bertanya, kenapa kita tidak boleh seperti Sarawak?
"Kita harus ingat bahawa walaupun Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia, kepimpinan mereka tidak pernah berubah, berbeza dengan Sabah, yang mengalami perubahan setiap lima atau 10 tahun, mengubah polisi dan kerajaan," katanya sewaktu ditemubual di Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina 2025 di Kota Kinabalu, pada Rabu malam.
Beliau menegaskan bahawa, Sabah sebenarnya kaya dengan sumber alam, namun ketidakstabilan politik menyukarkan negeri ini berkembang seiring dengan Sarawak.
"Sebenarnya, kita sekarang pun kaya. Tetapi disebabkan situasi politik yang tidak stabil, kita tidak boleh berkembang seperti Sarawak.
"Ini adalah salah satu faktor utama, selain faktor lain. Bagi saya, kestabilan politik adalah asas sebelum kita boleh bercakap tentang pembangunan fizikal," tambahnya.
Beliau turut menekankan bahawa kestabilan politik harus menjadi keutamaan bagi memastikan Sabah mencapai kemajuan lebih pesat dan setanding dengan negeri-negeri lain.