Lelaki dikhuatiri hilang sewaktu mencari siput di Pantai Kebagu, Menggatal

Foto ihsan Bomba

KOTA KINABALU – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar ke laut di Pantai Kebagu, Kota Kinabalu, pada malam Rabu.

Mangsa Marwah Jamiri yang berusia 45 tahun dikhuatiri lemas sewaktu mencari siput bersama mertuanya sekitar jam 8.00 malam.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.14 pagi melalui talian balai.

Sejumlah 11 anggota dari BBP Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 7.13 pagi.

"Mangsa keluar bersama menantunya untuk mencari siput sekitar jam 8 malam bersama mertuanya.

"Namun, selepas aktiviti itu selesai pada jam 9:30 malam, mangsa tidak dapat dikesan sebelum ahli keluarga menghubungi pihak berkuasa," katanya.

Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dengan kekuatan tujuh anggota BBP serta bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).


"Sebarang perkembangan mengenai operasi penyelamatan akan dikemaskini dari semasa ke semasa," ujarnya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama