Nizam alu-alukan program Japen Sabah di daerah Tawau


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mengalu-alukan setiap program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan (Japen) Sabah di negeri ini.

Nizam yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, pihaknya sentiasa menyokong setiap program atau aktiviti yang dilaksanakan oleh Japen Sabah terutamanya di daerah Tawau.

“Aktiviti Japen Sabah bersama masyarakat terutamanya dalam memberi penerangan dan penjelasan berkaitan dasar-dasar dan agenda kerajaan ke akar umbi sangat diperlukan.

“Pengisian program-program oleh Japen Sabah juga dapat memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Japen Sabah, Jainisah Mohd Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Terdahulu, Nizam diberi taklimat mengenai program dan aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Japen Sabah khususnya di kawasan Tawau.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu Japen, Sulia Banying dan Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi Dan Pembangunan Masyarakat, Japen Mohd Mujahid Halpi.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama