![]() |
Foto ihsan Bomba |
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohd Nor Ami, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 5.52 petang melalui talian MERS999.
Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, segera digerakkan ke lokasi kejadian, dengan jentera tiba pada jam 6.08 petang.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang dijalankan dengan bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon Kota Kinabalu, yang dalam perjalanan ke lokasi.
"PGO Sabah terima panggilan kecemasan mangsa dikhuatiri lemas di pantai di alamat Pantai Shahbandar,Tuaran.
"Menurut pemanggil mangsa lemas ketika menjalankan aktiviti mandi-manda bersama keluarga," katanya.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang dijalankan dengan bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon Kota Kinabalu, yang dalam perjalanan ke lokasi.
Setakat ini, mangsa masih belum ditemui. Pihak bomba sedang menjalankan pencarian di sepanjang pantai, dan perkembangan operasi akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi langkah keselamatan ketika melakukan aktiviti air, terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.