Remaja lelaki ditemui mati lemas di Pantai Shahbandar


TUARAN: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemui mati lemas selepas dilaporkan hilang ketika menjalani aktiviti mandi-manda bersama keluarganya di Pantai Shahbandar, di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, PKPgB Mohd Nor Amit berkata, seramai 15 anggota termasuk Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Zon Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.52 petang.

"Tindakan pasukan Bomba mendapatkan maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan sepanjang Pantai,” katanya dalam kenyataan bomba, hari ini.

Menurut beliau, mangsa ditemui pasukan bomba dan ahli keluarga mangsa pada jam 5.50 pagi, kira-kira 700 meter dari lokasi beliau dilaporkan hilang.

“Pasukan bomba seterusnya serah mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama