APM tangkap buaya 10kg di Kampung Likas

 

Anggota APM berjaya menangkap buaya.

KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu berjaya menangkap seekor buaya seberat kira-kira 10 kilogram di kawasan semak Kampung Likas, di sini awal pagi tadi.

Menurut kenyataan APM Kota Kinabalu, pihaknya menerima panggilan kecemasanpada jam 3.18 pagi memaklumkan mengenai kehadiran seekor buaya di kawasan rumah seorang penduduk di Kampung Likas.

“Apabila tiba di lokasi, pengadu memberi tahu anggota APM bahawa buaya tersebut telah lari ke kawasan semak. 

“Anggota membuat pencarian di kawasan semak yang ditunjukkan oleh pengadu dan mendapati buaya masih berada di kawasan tersebut,” katanya.

Sejurus tiba di lokasi, operasi menangkap buaya dijalankan dengan menggunakan tali, sementara matanya ditutup dengan kain bagi mengelakkan sebarang risiko. 

Hasilnya, buaya dengan panjang lebih kurang 1 meter tersebut berjaya ditangkap tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

“Buaya berjaya ditangkap dan seterusnya dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kota Kinabalu untuk diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL),” jelasnya lagi.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama