Dua rumah atas air roboh di Sandakan

Anggota penyelamat memeriksa kawasan runtuhan rumah bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap.
 

SANDAKAN: Sekurang-kurangnya dua rumah atas air roboh dalam kejadian di Jambatan 18 Lot 336 Jalan Sim-Sim, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.05 tengah hari.

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh lima kilometer dari BBP Sandakan.

“Operasi turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sabah Electricity (SE)

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat dua buah rumah masing-masing berkeluasan 60x90 dan 60x20 telah roboh di kampung tersebut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Severinus berkata, setakat ini tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada bahaya lain wujud, sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.40 pagi,” katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama