![]() |
Suspek(tengah) ketika ditangkap |
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, serbuan yang dijalankan kira-kira jam 1.50 pagi itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas van tersebut menemukan pelbagai jenis rokok seludup yang disimpan di bahagian belakang kenderaan berkenaan.
“Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang juga pemandu van tersebut turut ditahan di lokasi kejadian.
“Suspek juga dipercayai bertindak sebagai penghantar barangan seludup dan sedang dalam siasatan bagi mengenal pasti rangkaian penyeludupan yang terlibat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, nilai rampasan masih dalam proses penilaian, namun dipercayai mencecah ribu ringgit berdasarkan jumlah kotak rokok yang ditemui.
“Suspek bersama kenderaan dan barang rampasan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967,” katanya.
Jasmin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan di daerah ini.
“Aktiviti penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi cukai, tetapi juga boleh membawa kepada aktiviti jenayah lain.
“Orang ramai digesa untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti penyeludupan di kawasan mereka bagi membanteras kegiatan haram ini,” katanya.