![]() |
Foto ihsam Pasukan Polis Marin (PPM) |
Dalam operasi menerusi Op Taring Landai Khas itu, dua lelaki tempatan berusia 31 dan 50 tahun turut ditahan kerana dipercayai terlibat dalam penyimpanan serta pengedaran bahan letupan tanpa dokumen yang sah.
Menurut sumber, premis tersebut dipercayai menjadi pusat penyimpanan sebelum mercun dan bunga api itu diedarkan ke pasaran sekitar Penampang dan Kota Kinabalu.
"Hasil pemeriksaan lanjut menemukan longgokan kotak berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api di dalam stor.
"Suspek gagal mengemukakan lesen penyimpanan dan penjualan yang sah," katanya dalam satu kenyataan.
Turut dirampas dalam serbuan yang sama, sebuah lori yang dipercayai digunakan untuk mengangkut bahan tersebut, dengan anggaran nilai RM75,000.
Kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957 dan telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan lanjut.