![]() |
Mohamed Razali |
Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Darau, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi, memuji semangat penduduk yang menjayakan pertandingan itu dengan konsep hiasan dari rumah ke rumah.
“Alhamdulillah tahun ini kita buat di enam buah kampung di DUN Darau dan hari ini kita berada di Kampung Rampayan yang mana mendapat penyertaan yang paling ramai.
“Kita perhatikan pertandingan ini mendapat sambutan yang amat baik dan InshaAllah kita akan teruskan pada tahun hadapan dengan lebih banyak pembaharuan.
“Mungkin kita akan buat penambahan juara kampung dan bukan lagi juara daripada rumah ke rumah,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah, di sini semalam.
Mohamed Razali turut menjelaskan objektif utama pertandingan adalah untuk menghidupkan semula suasana Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, selain mengukuhkan ikatan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Katanya, penduduk kampung mengamalkan konsep 'patak-patak' dan saling tolong menolong antara satu sama lain selain bergotong-royong bagi menjayakan pertandingan tersebut.
“Semua ahli keluarga sangat teruja untuk bersama memastikan keadaan rumah dan kampung dalam keadaan yang ceria, riang dan membawa senyuman kepada anak-anak kita untuk hari raya yang akan datang,” katanya.