![]() |
Jeffrey Kitingan. |
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mempertimbangkan dua pilihan dalam perbincangan mengenai pengagihan kerusi.
Timbalan pengerusinya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, berkata dua pilihan tersebut adalah sama ada GRS bertanding di semua kerusi atau membentuk gabungan GRS Plus yang merangkumi parti-parti lain.
"Kami telah mengemukakan cadangan pengagihan kerusi, dan semua ada formulanya, tetapi kami belum membincangkannya lagi. Kami sedang menunggu mesyuarat selepas Aidilfitri," kata Presiden Star itu kepada pemberita selepas merasmikan pejabat parti di Luyang semalam.
Jeffrey juga memberi jaminan pilihan kedua bermaksud kita memberi ruang kepada parti politik yang lain untuk kerjasama.
Mengenai calon Star untuk Pilihan Raya Negeri ke-17 akan datang, beliau berkata parti itu terbuka untuk bertanding di semua kawasan, termasuk Luyang.
Bagaimanapun, keputusan muktamad akan dibuat kemudian berdasarkan potensi kemenangan di kerusi tertentu.