![]() |
Ghullam Hassan (dua dari kiri) menerima cek cura Pengurusan Rumah Anak Yatim dan Tahfiz 2025 daripada Tun Musa sambil disaksikan Raisin (kiri), Arifin (tengah) dan Alamin (kanan). |
Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, sekolah bukan sekadar institusi pendidikan, tetapi juga medan untuk membentuk insan yang berakhlak, berdaya saing dan bersedia untuk memimpin ummah.
"Kita merasa bangga kerana Sekolah Rendah Integrasi Khalia Khan ini merupakan Sekolah kelima di Sabah dan menjadi Sekolah ke 230 di Malaysia yang menerima status Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
"Kewujudan sekolah ini membuktikan kesungguhan pihak berkuasa dalam membantu melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam ilmu duniawi tetapi juga kuat pegangan agamanya," ujarnya.
![]() |
RASMI... Tun Musa ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian SRI Haji Khalia Khan Membakut. |
Tun Musa turut mengingatkan peranan guru dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kesabaran bagi memastikan generasi muda berdaya saing dan berakhlak mulia.
"Para pelajar harus menanam tekad bahawa ilmu yang diperolehi bukan hanya untuk kejayaan dunia, tetapi juga sebagai bekalan menuju akhirat," kata beliau ketika berucap merasmikan Sekolah Rendah Integrasi Haji Khalia Khan Membakut, dekat sini pada Jumaat.
Pada majlis itu, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Herwan Harun menerima sumbangan MUIS bagi Pengurusan Sekolah Rendah Integrasi (SRI) 2025 berjumlah RM70,000 yang disampaikan oleh Tun Musa manakala Sumbangan Pengurusan Rumah Anak Yatim dan Tahfiz 2025 turut diserahkan kepada Pengasas Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan, Datuk Gullam Hassan Yacob Khan bernilai RM240,000.
Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohammad Alamin, Mufti Kerajaan Negeri Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin serta Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad.
Sekolah Rendah Integrasi Haji Khalia Khan yang memulakan operasinya pada tahun 2017, secara rasmi telah berdaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada 4 November 2024.
Dengan status sebagai SABK, sekolah berkenaan diharap akan terus berkembang menjadi pusat pendidikan yang mampu melahirkan insan berilmu, beriman, dan berakhlak mulia, selari dengan falsafah pendidikan Islam yang menyeluruh.
(JABATAN PENERANGAN SABAH)