Talian penghantaran elektrik ke pantai timur dinaiktaraf, siap sebelum Aidilfitri


KOTA KINABALU: Sabah Electricity sedang dalam peringkat akhir untuk menyiapkan projek naik taraf talian penghantaran elektrik 132kV Segaliud-Dam Road kepada voltan 275kV yang lebih tinggi. 

Projek yang bakal dimulatugas oleh Sabah Electricity ini akan membolehkan penyaluran lebih banyak kapasiti tenaga yang lebih murah daripada beberapa stesen janakuasa di pantai barat ke pantai timur Sabah.

Usaha ini seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada sumber penjanaan berasaskan diesel dan MFO yang agak mahal dan memerlukan tanggungan subsidi yang sangat tinggi daripada pihak kerajaan.

Talian penghantaran 275kV Segaliud – Dam Road yang bakal dimulatugas pada pertengahan bulan April ini akan dapat meningkatkan penghantaran tenaga daripada 200MW kepada 400MW secara harian ke pantai timur Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata kerja-kerja  akhir untuk menaik taraf talian tersebut sedang dilaksanakan bermula pada 22 Mac sehingga 29 Mac 2025.

“Sabah Electricity mensasarkan kerja-kerja itu akan disiapkan sebelum perayaan Hari Raya  Aidilfitri bagi memastikan bekalan kepada pengguna tidak terganggu dan sentiasa dalam keadaan terbaik serta stabil bagi menampung beban sepanjang musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama