2 maut kemalangan libatkan lori dan motosikal di sepanggar

Foto ihsan Bomba
KOTA KINABALU: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori enam tan dan motosikal jenis Honda Vario di lampu isyarat Indah Permai, Sepanggar petang tadi.

Ketua Balai Bonba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 4.07 petang.

Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi tiba pada jam 4.23 petang.

"Kemalangan tersebut menyebabkan dua mangsa lelaki yang menaiki lori, masing-masing berusia 34 dan 18 tahun, maut di tempat kejadian selepas dikeluarkan menggunakan peralatan khas menyelamat (RTA) oleh pasukan bomba," katanya

Sementara itu, penunggang motosikal yang cedera dihantar ke hospital oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.

Manakala mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya setelah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.50 petang setelah memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi kejadian" ujarnya lagi.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama