3 cedera kemalangan libatkan 2 kenderaan di Kimanis

Foto ihsan Bomba
KIMANIS – Seorang wanita cedera parah manakala dua lagi mengalami cedera ringan dalam satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kampung Oyong, Kimanis awal pagi tadi.

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Nelson Ponji memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 6.51 pagi.

Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis segera digerakkan ke lokasi kejadian.

"Seorang mangsa wanita berusia 38 tahun yang tersepit dalam kenderaan Honda City berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

"manakala dua lagi mangsa seorang wanita berusia 35 tahun dan seorang lelaki dari kenderaan Toyota Vios berjaya menyelamatkan diri sebelum pasukan penyelamat tiba," katanya

Kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.25 pagi selepas pihak bomba memastikan tiada lagi bahaya wujud di lokasi.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama