4 syarikat pelancongan laksana aktiviti 'seawalking' langgar SOP, TTS ambil tindakan hentikan operasi

Foto Ihsan Facebook Taman-Taman Sabah.


KOTA KINABALU: Sebanyak empat buah syarikat pelancongan yang melaksanakan aktiviti 'seawalking' di Pulau Mamutik dan Pulan Manukan telah dikenal pasti melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aktiviti Rekreasi Taman-Taman Marin 2024.

Taman-Taman Sabah (TTS) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan empat syarikat terbabit dikenakan tindakan terbabit dalam satu operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Ops Patuh TTAR.

"Operasi adalah bertujuan memastikan semua pengusaha aktiviti sukan laut mematuhi SOP Aktiviti Rekreasi Taman-Taman Marin 2024.

Timbalan Pengarah, Bahagian Operasi, Penswastaan dan Pembangunan, Maipol Spait mengetuai operasi dengan diiringi oleh Pengurus Taman TTAR serta dibantu oleh kekuatan lima anggota penguatkuasa TTS.

"Sepanjang tempoh operasi tersebut, sejumlah empat buah syarikat 'seawalking' yang beroperasi di Pulau Mamutik dan Pulau Manukan telah diperiksa dan dikenalpasti telah melanggar SOP.

"Tindakan peringatan mesra kepada empat buah syarikat dan 10 individu telah dilaksanakan serta diarah menghentikan operasi seawalking serta merta sehingga syarat-syarat keperluan SOP dipatuhi sepenuhnya," jelas dalam kenyataan itu.

TTS dalam pada itu turut menegaskan agar semua pengusaha pelancongan sentiasa mematuhi SOP Aktiviti Rekreasi Taman Marin 2024 demi keselamatan dan keharmonian industri pelancongan domestik.

"Pengusaha pelancongan khususnya yang beroperasi di TTS harus sentiasa peka kerana operasi yang seumpama ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa," jelasnya.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama