![]() |
Bung, ketika ditemui media selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya, semalam. |
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata perkara terbabit telah diputuskan oleh pihaknya ada pemukiman UMNO Sabah pada penghujung tahun lepas.
Mengulas lanjut, beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Sabah itu menjelaskan pihaknya telah mengadakan beberapa perbincangan secara tidak rasmi disamping akan melaksanakan perbincangan rasmi dalam tempoh terdekat ini.
"Hari ini (semalam) saya ingin memaklumkan bahawa UMNO Sabah mengadakan retreat (pemukiman) pada satu ketika dan kita memutuskan bahawa akan bergabung dengan PH.
"Parti-parti lain juga kita tidak tutup pintu (jalinan kerjasama) yang mana parti-parti kita tengok ada keinginan, kesungguhan dan kesetiaan (untuk bekerjasama) kita akan pertimbangkan untuk bergabung.
"Saya melihat walaupun (ada) isu-isu dimainkan oleh parti lain bahawa parti tempatan perlu diutamakan, tetapi sebetulnya kita pun ada isu berhubung dengan parti tempatan lain," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya, semalam.
Dalam pada itu, beliau ketika ditanya pemberita mengenai agihan kerusi, Bung Moktar berkata pihaknya mahu mengekalkan 41 kerusi yang telah ditandingi semasa PRN16 lepas.