![]() |
KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa syarikat Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn. Bhd. bukanlah kontraktor utama bagi Projek Empangan Hidroelektrik Ulu Padas seperti yang didakwa.
Menurut Hajiji, dakwaan bahawa syarikat tersebut gagal melaksanakan projek berkenaan adalah tidak tepat memandangkan projek tersebut melalui pelbagai proses termasuk perubahan struktur pegangan saham, kajian teknikal terperinci, penangguhan oleh kerajaan negeri dan persekutuan serta kesan daripada pandemik COVID-19.
"saya ingin memperbetulkan dakwaan bahawa Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn. Bhd. gagal melaksanakan Projek Empangan Ulu Padas adalah tidak tepat," katanya ketika menjawab soalan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.
Tambah beliau, isu penamatan kontrak syarikat itu tidak berbangkit kerana Kerjaya Kagum hanya memegang 15 peratus pegangan saham dalam syarikat pemaju, Upper Padas Power Sdn. Bhd.
"Selebihnya dimiliki oleh Gamuda Berhad dengan 45 peratus pegangan saham, manakala Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd., milik penuh Kerajaan Negeri Sabah, memegang baki 40 peratus pegangan," katanya lagi.
Justeru, Gamuda Berhad telah dilantik sebagai pemaju utama dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam reka bentuk, pembinaan serta pengurusan pelaksanaan teknikal projek hidroelektrik berkenaan.
Hajiji menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Lamag yang meminta penjelasan berhubung justifikasi penglibatan Kerjaya Kagum dalam projek Empangan Ulu Padas walaupun didakwa gagal melaksanakannya sejak tahun 2015.