Jamuan Aidilfitri DUN Sabah dimeriahkan 1,500 tetamu

Tun Musa (empat dari kanan) dan Toh Puan Faridah (tiga dari kanan) berada di meja utama.

KOTA KINABALU:   Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dimeriahkan kira-kira 1,500 tetamu jemputan dan warga DUN.

Selain Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman serta isteri, Toh Puan Faridah Tussin dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag, majlis juga dihadiri Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, Setiausaha Kerajaan Negeri, konsul dan wakil-wakil negara asing di Dewan Bankuasi di sini, hari ini.

Para tetamu dalam majlis lebih kurang sejam itu dihiburkan dengan rangkaian lagu-lagu Hari Raya Aidilfitri oleh beberapa artis tempatan yang diiringi Kombo Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah antaranya, Sitipah, Feroq, Amirshah, di samping Koperal Evavana, Koperal Laura, Koperal Kennedy dan Koperal Masni.

Majlis bersempena bulan Syawal itu diadakan selepas selesai Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Keenam Belas.


(JABATAN PENERANGAN SABAH)


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama