![]() |
Yusuf sewaktu ditemui media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri JETAMA 2025 di Magellan Sutera |
KOTA KINABALU: JETAMA Sdn Bhd terus melangkah ke hadapan dalam usaha memastikan kelestarian sumber tenaga dan air di Sabah dengan memperkenalkan beberapa inisiatif baharu, termasuk teknologi solar terapung dan sistem penyahgaraman air laut.
Pengerusinya, Datuk Yusuf Manan berkata, syarikat kini giat membangunkan sektor tenaga baharu menerusi pelaksanaan sistem solar, termasuk satu projek yang telah beroperasi di Labuan dan satu lagi yang bakal dilaksanakan di Empangan Babagon, Penampang.
"JETAMA telah memulakan usaha untuk membangunkan satu lagi sektor dalam tenaga iaitu tenaga solar. Satu projek telah mula beroperasi di Labuan dan satu lagi akan bermula tidak lama lagi di Empangan Babagon, Penampang,"katanya.
Projek tersebut akan menjadi sistem solar terapung pertama di atas permukaan air di Sabah yang dikenali sebagai Solar-Powered Modular System (SOPMOD).
Datuk Yusuf turut memaklumkan kemungkinan projek seumpamanya turut dilaksanakan di kawasan Sandakan dalam masa terdekat.
"Ini adalah sebahagian usaha kami untuk menekankan pembangunan dalam sektor lain yang sedang dirancang. Walaupun belum dapat saya dedahkan sepenuhnya, tumpuan awal adalah untuk meningkatkan bekalan elektrik di kawasan Pantai Barat,"katanya lagi.
Yusuf berkata demikian sewaktu ditemui media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri JETAMA 2025 di Magellan Sutera, pada Ahad.
Dalam masa yang sama, katanya, JETAMA juga menerima permintaan daripada beberapa kawasan di negeri ini, antaranya termasuk Pulau Banggi dan sembilan lokasi lain yang telah dikenal pasti.
Selain itu, JETAMA turut memperkenalkan satu teknologi baharu dinamakan water desalination, iaitu proses menyahgaramkan air laut untuk dijadikan air tawar yang boleh digunakan dalam sektor industri.
"Teknologi ini membolehkan air laut ditukar menjadi air tawar untuk kegunaan industri, manakala bekalan air dari Jabatan Air atau agensi tempatan di Lahad Datu pula boleh digunakan untuk keperluan domestik," jelasnya.
Inisiatif ini selaras dengan matlamat syarikat untuk memperluaskan capaian bekalan air bersih dan tenaga boleh diperbaharui kepada lebih ramai penduduk terutamanya di kawasan luar bandar dan pesisir pantai.