![]() |
Arifin, ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan TPNS dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Menara Kinabalu, semalam. |
KOTA KINABALU: Lebih RM500,000 diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Sabah melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bagi membantu lebih 100 sekolah rendah dan menengah yang terjejas akibat banjir bulan lalu.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS, Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Datuk Haji Mohd. Arif berkata, antara sekolah yang menerima bantuan termasuk di daerah Kinabatangan, Tenom, Membakut, dan Keningau.
“Kita berharap bantuan berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu mereka.
"Di samping itu, mana-mana sekolah kebangsaan dan sekolah menengah yang mengalami kerosakan komputer, kita akan bantu melalui Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) ” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Majlis Penyampaian Bantuan TPNS dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Menara Kinabalu, semalam.
Selain bantuan kepada sekolah, kerajaan negeri turut memperluas inisiatif kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat termasuk asasi, matrikulasi, diploma, sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran.
“Saya harap akan lebih ramai anak-anak kita mengambil sarjana kemudian menyambung ke peringkat kedoktoran.”
Arifin turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri memberikan jaminan penuh untuk membantu pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran, sama ada melalui Tabung Pendidikan, biasiswa Kerajaan Negeri Sabah, Yayasan Sabah, atau bantuan khusus bagi pelajar aliran agama melalui Majlis Ugama Islam Sabah.
“Semua ini kita akan selaraskan melalui portal yang sama.
“Hari ini juga kita menyampaikan bantuan sejumlah RM2,000 secara simbolik kita luluskan untuk anak-anak kita yang memerlukan kacamata khususnya yang akan mengambil SPM dan STPM serta STAM sahaja,” tambahnya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk membantu lebih 200 pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Bantuan ini meliputi pelajar dalam bidang pendidikan, khususnya di peringkat diploma dan sarjana muda.
Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin; serta beberapa Ahli Jawatankuasa Pelaksana TPNS yang lain.