Lelaki ditahan, polis rampas lebih 7kg daun kering , 4 kg cecair daun ketum

Suspek bersama air kerum yang sudah siap diproses yang dirampas di sebuah rumah di kampung Pukat, Tanjung Batu Laut dekat sini, semalam. Foto | Ihsan PDRM.


TAWAU :  Polis menahan seorang lelaki dan merampas daun kering dipercayai daun ketum dianggar seberat 7.16 kilogram (kg) dalam serbuan di sebuah rumah di kampung Pukat, Tanjung Batu Laut dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata suspek berusia 37 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik kira-kira jam 11.20 pagi susulan maklumat awam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di salah sebuah bilik menemukan satu guni berwarna putih yang didalamnya terdapat tujuh paket lutsinar dengan setiap satunya mengandungi serbuk kering disyaki daun ketum.

"Selain itu, polis turut menjumpai 30 botol cecair (45 liter) disimpan di dalam tong plastik berwarna oren di bahagian dapur rumah terbabit," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua barangan rampasan itu dianggarkan bernilai RM3,000 bagi tujuan pasaran tempatan itu 

Jelasnya jug, hasil saringan ujian kencing mendapati suspek warga tempatan itu bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah selain tiada rekod jenayah lampau.

"Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun," katanya.

Jelasnya lagi, perintah reman dikeluarkan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin selepas membenarkan permohonan dibuat pegawai penyiasat Inspektor Luqmannul Hakim Mohamad.



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama