Lelaki maut, 2 kenderaan bertembung di Jalan Keningau-Sook

Foto ihsan Bomba
SOOK - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera ringan selepas dua buah kereta jenis Proton Saga dan Proton Saga BLM bertembung dalam satu kemalangan di Batu 18, Keningau-Sook, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook,Mohamad Nor Amit، pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 6.05 pagi.

Sepasukan lima anggota digegaskan ke lokasi kejadian sejauh 19 kilometer dan tiba pada jam 6.24 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan kami mendapati dua buah kenderaan telah bertembung dan melibatkan dua mangsa.

"Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa yang cedera, seorang lelaki berusia 22 tahun, dihantar ke Hospital Sook menggunakan ambulans KKM untuk rawatan lanjut.

Sementara mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.23 pagi selepas pihak bomba memastikan keadaan di lokasi adalah selamat," ujarnya lagi.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama