![]() |
Foto ihsan Bomba |
Mangsa, Muhammad Aniq Faiz Muhammad Ashraf, 5, sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan belakang Pejabat Daerah Tamparuli pada 20 April lalu sebelum usaha mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan oleh agensi penyelamat.
Berdasarkan kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, operasi SAR hari kelima dimulakan pada jam 8.35 pagi bersama pasukan PDRM, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta orang awam.
“Pasukan SAR melaksanakan pencarian secara darat dan air dengan teknik standard line double layer,” jelas dalam kenyataan itu.
Mayat mangsa ditemui tersangkut di tepi sungai sejauh kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang pada jam 12.20 tengah hari oleh pasukan penyelamat yang melakukan pencarian menggunakan teknik 'water rafting'.
Pasukan bomba kemudiannya membantu mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.15 petang.