![]() |
Shahelmey ketika ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Parlimen Putatan di Dewan Sri Putatan, di sini, hari ini. |
Beliau menjelaskan bahawa pelaksanaan projek itu perlu diteruskan tanpa mengulangi kelewatan atau cabaran yang dihadapi pada Fasa 1A, terutamanya berhubung dengan reka bentuk teknikal, pemindahan utiliti dan pengambilan tanah.
"Saya akan mempengerusikan bersama mesyuarat kemajuan Projek Lebuhraya Pan Borneo bersama Datuk Alexander Nanta Linggi.
"Kita mahu pastikan pelaksanaan Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo Sabah tidak berdepan kelewatan atau cabaran yang sama seperti apa yang berlaku pada Fasa 1A," katanya. B
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Parlimen Putatan di Dewan Sri Putatan, di sini, hari ini.
Shahelmey yang juga Menteri Kementerian Kerja Raya memaklumkan, masalah kekurangan tenaga kerja di peringkat penilai tanah dan pengambilan tanah juga sedang ditangani dengan arahan untuk menambah sumber manusia.
Namun dalam pada masa sama beliau turut mengingatkan bahawa pemindahan utiliti masih menjadi isu utama kerana ia melibatkan prosedur dalaman jabatan serta isu peruntukan bajet.
"Dalam mesyuarat terakhir, saya dimaklumkan bahawa mereka telah diarahkan untuk menambah tenaga kerja dengan apa jua cara yang boleh, dan jika itu dilaksanakan, ia akan membantu mempercepatkan proses pengambilan tanah, penilaian tanah dan sebagainya.
"Kebimbangan utama saya adalah berkaitan pemindahan utiliti kerana terdapat prosedur dalaman jabatan dan kekangan bajet yang perlu dipatuhi,” ujarnya lagi.