Pekerja pembinaan panjat palang kren selamat

Pasukan bomba mendapati terdapat seorang lelaki dipercayai pekerja tapak pembinaan berada di hujung palang sebuah kren, pagi tadi.

KOTA KINABALU: Penduduk berhampiran tapak pembinaan The Logg, Luyang, di sini gempar selepas seorang lelaki memanjat palang kren sebuah bangunan, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tinggalan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.57 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat seorang lelaki dipercayai pekerja tapak pembinaan berada di hujung palang sebuah kren.

“Bagaimanapun, mangsa turun dengan sendirinya dalam keadaan selamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal sepenuhnya pada jam 8 pagi selepas pihak bomba memastikan keadaan mangsa selamat.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud, pasukan bomba kemudian menamatkan operasi pada jam 8.02 pagi,” katanya.

Terdahulu, tular satu video yang menunjukkan lelaki memanjat palang kren setinggi kira-kira 126 meter tular di media sosial.

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama