Pemandu Myvi nyaris maut dalam kemalangan di Sandakan

Bomba sedang melakukan pemadaman ke atas kereta yang terbakar.

SANDAKAN: Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbakar di Batu 13 berdekatan stesen minyak Petronas, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa berusia 34 tahun sempat keluar dari kenderaannya dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata maklumat kejadian diterima melalui panggilan MERS999 pada jam 1.38 petang.

“Susulan itu, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama jentera di kerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Komander operasi melaporkan sebuah kereta jenis perodua Myvi dipercayai terbabit dalam kemalangan dan terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya, terdapat seorang mangsa iaitu pemandu kereta terbabit sempat keluar sendiri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan operasi terus menjalankan operasi pemadaman ke atas kereta berkenaan menggunakan satu aliran air dari jentera bomba. 

“Pemeriksaan dijalankan di sekitar kawasan kejadian untuk memastikan tiada bahaya ain wujud dan operasi ditamatkan pada jam 2.10 petang,” katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama