![]() |
Mustapha Sakmud, Pengerusi MPN Sabah. |
KOTA KINABALU: Majlis Pimpinan Pusat akan mengadakan mesyuarat pada 23 April ini bagu mendengar penjelasan Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPP) berkaitan keputusan pemilihan Ketua Cabang Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 di seluruh Malaysia.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, sekiranya terdapat calon di Sabah yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan dikehendaki menggunakan saluran dalaman untuk sebarang aduan.
Beliau berkata aduan terbabit perlu dihantar ke JPP dengan kadar segera bagi membolehkan penilaian serta pertimbangan dapat dijalankan dalam tempoh terdekat.
“Namun, kami percaya terdapat beberapa isu yang wajar dibangkitkan dan akan menggunakan saluran serta proses parti yang sewajarnya untuk menyuarakan perkara tersebut.
"Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memastikan pemilihan parti dijalankan dengan integriti dan keadilan," katanya dalam kenyataan semalam.