Polis cari individu kes tular kenderaan memotong secara berbahaya

Rakaman dashcam kenderaan memotong secara berbahaya.

 LAHAD DATU: Polis sedang mengesan seorang lagi suspek yang terlibat dalam kes tular membabit tiga kenderaan memotong secara berbahaya di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata dua daripada suspek sudah tampil menyerah diri untuk membantu siasatan.

“Polis mengesahkan bahawa dua individu yang dipercayai terbabit dalam kes tersebut telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk serah diri.

“Usaha mengesan seorang lagi individu yang terlibat dalam kes ini iaitu pemandu kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna putih masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya, polis menasihatkan seorang lagi suspek terbabit supaya segera tampil ke IPD Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

“Kes tersebut telah disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kesalahan itu boleh ditangkap.

“Saya menggesa orang awam yang mengenali pemilik kenderaan Toyota Hilux berwarna putih, No Pendaftaran SD8929F supaya tampil menyerahkan diri,” katanya.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama