Remaja cabul rakan sebaya ditahan

Remaja 16 tahun ditahan kerana disyaki mencabul rakan sebaya di sebuah rumah Batu 2 Jalan Apas, di sini, kelmarin. Foto | Ihsan PDRM.


TAWAU: Polis menahan seorang remaja lelaki berumur 16 tahun selepas disyaki mencabul rakan perempuan sebayanya di rumah mangsa di Batu 2 Jalan Apas, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, perlakuan sumbang itu terbongkar selepas mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ibunya sebelum dibawa membuat laporan polis pada jam 10.42 pagi.

"Berdasarkan laporan diterima mangsa pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di sini, mengadu kepada ibunya selepas tidak berpuas hati diperlakukan demikian oleh suspek.

"Susulan laporan itu suspek kemudiannya berjaya ditahan di sebuah rumah di Kampung Titingan oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada jam 12.05 tengah malam," katanya menerusi kenyataan media di sini, malam tadi.

Champin berkata, suspek yang masih bersekolah itu kemudiannya dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.





Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama