![]() |
Suspek. |
TAWAU : Tindakan pantas polis berjaya menahan seorang penganggur yang disyaki merogol anak tirinya berusia 19 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 14 Jalan Apas, dekat sini, pada Selasa.
Suspek berusia 54 tahun yang juga bapa tiri mangsa ditahan dalam tempoh kurang 24 jam di sebuah ladang dekat Semporan kira-kira 4.50 petang, keesokan harinya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa memaklumkan kejadian dia dirogol bapa tirinya sebelum salah seorang ahli keluarga tampil membuat laporan polis.
"Bertindak daripada maklumat diterima, kita menahan suspek sehari selepas itu untuk siasatan lanjut dalam kes rogol ini.
"Suspek seorang warga asing dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, di sini, pagi ini.
Beliau berkata, suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut masing-masing disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan; Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual terhadap kanak kanak 2017 (Akta 792); Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.