![]() |
Shahelmey ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 di Dewan Sri Putatan, hari ini. |
Menurut beliau, buat masa ini, tiada sebarang keahlian rasmi dalam mana-mana parti komponen GRS atau Pakatan Harapan (PH), dan halatuju politiknya akan dimaklumkan apabila tiba masa yang sesuai.
"Saya bukan ahli mana-mana parti dalam GRS atau PH, saya masih Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen dari BN.
"Kita agak tertanya-tanya juga, sebab ia disebut GRS PH Plus, jadi saya anggap 'Plus' itu adalah BN,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 di Dewan Sri Putatan, hari ini.
Shahelmey turut menjelaskan bahawa beliau bukan satu-satunya wakil BN dalam pentadbiran negeri ketika ini.
Antara yang lain termasuk Datuk Harun Durabi, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Datuk Andi Suriady, ADUN Tanjung Batu merangkap Pembantu Menteri.
"Itulah sebabnya ia dipanggil GRS Plus. Sebenarnya, sebelum ini juga ada seorang lagi wakil BN, Allahyarham Datuk Muhammad Hamsan Awang Supian (ADUN) Sungai Sibuga," tambahnya lagi.