Tangan kanan wanita hancur tersepit mesin pengisar

Foto ihsan Bomba
TAWAU: Seorang wanita berusia 29 tahun cedera selepas tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar daging di sebuah premis perniagaan di Pusat Komersial Bazhong, di sini petang tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin memaklumkan, insiden dilaporkan berlaku sekitar jam 2.37 petang.

Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bergegas ke lokasi kejadian dan tiba dalam tempoh lapan minit.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati tangan mangsa tersepit pada bahagian mesin pengisar. Operasi mengeluarkan tangan mangsa dijalankan menggunakan peralatan Hydraulic Power Unit," katanya

Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.47 petang setelah bomba memastikan tiada risiko bahaya lain di lokasi kejadian," jelasnya lagi.


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama